fauziahgambus

 

SINOPSIS-JIAH

Jiah, adalah seorang gadis kampung yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang yang di kenali ramai dan boleh membanggakan kedua ibu bapanya. Jiah mempunyai pengalaman yang tidak dapat di lupakannya. Semasa berumur 7 tahun,pernah suatu hari jari telunjuknya hampir terputus gara-gara mengguna sebilah kapak pemotong kayu malah dia hampir lemas bersama kakaknya di sungai sehari sebelum raya, dia juga pernah di langgar motor dan bermacam-macam lagi. Jiah sangat gemar memancing, mandi sungai, dan bermain gambus sambil menyanyi. Jiah juga mempunyai kebolehan menangkap ayam liar pada waktu malam. hahaha.... Jiah pernah bermain gambus secara bersembunyi di dalam hutan ketika atuknya sedang tidur, kerana takut akan di marahi. Selapas tamat SPM, Jiah bekerja mencari rezeki dengan mencuci kereta, mewelding, dan bermacam-macam lagi untuk membantu mengurangkan bebanan keluarga. Semua kerja-kerja yang di buat oleh Jiah adalah kerja yang sepatutnya di buat oleh lelaki. Tetapi, Jiah sudah biasa dengan pekerjaan itu walaupun seringkali di pandang serong oleh orang disekeliling. Jiah adalah seorang gadis yang lasak dan sedikit ganas dari segi cara berjalan, percakapan dan pemakaian akan tetapi Jiah juga seorang yang penyayang dan suka menolong orang. Pada suatu hari, Jiah telah mengikuti pertandingan bermain gambus solo peringkat daerah dan telah mendapat tempat pertama tanpa pengetahuan keluarganya. Sehinggalah Jiah di masukkan ke pertandingan peringkat negeri dan juga telah di nobatkan sebagai gadis pertama yang telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut. Jiah telah mendapat tawaran membuat album dan Jiah semakin hari semakin di kenali sebagai Fauziah Gambus di negeri Sabah. Keadaan itu telah sedikit sebanyak mengubah kelakuan Jiah menjadi seorang yang lemah lembut dan bersopan santun. Jiah mendapat tawaran belajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di Kuala Lumpur. Sepanjang Jiah belajar di Kuala Lumpur,pelbagai masalah yang di hadapinya kerana terpaksa belajar sambil bekerja untuk membiayai yuran pengajiannya di ASWARA dan bagi menampung kehidupanya di Kuala Lumpur memandangkan keluarga Jiah adalah dari keluarga yang susah. Kehidupan Jiah di Sabah dan Kuala Lumpur sangat jauh berbeza. Di Sabah, Jiah sudah cukup di kenali ketika membuat persembahan, tetapi jauh berbeza di Kuala Lumpur yang masih belum mengenali Fauziah Gambus. Namun, Jiah berusaha untuk menaikkan nama beliau walaupun dengan secara perlahan-lahan. Pada Jiah, setiap pengalaman yang ditemui adalah ilmu yang amat berharga dan setiap kesilapan yang sudah berlalu telah mengajarnya erti hidup berdikari.

Make a Free Website with Yola.